Sunday 3 June 2012

buletin keluarga Pak Aid dan Mak Cha

Assalamualaikum ...

Add caption

Telah selamat kita meraikan hari keluarga tanggal 22 - 24 Febuari 2012 di Residence Desa Lagoon Resort,Port Dickson. Terima kasih kepada Kak Ngah  Family kerana menyediakan tempat beriadah sekeluarga. Tahun nie nampak agak meriah jika berbanding di tahun tahun terdahulu. Kesemua keluarga kita dapat berkumpul walaupun sebahagian kecil anak-anak buah yang tidak dapat hadir., mungkin kesempatan dilain kali dapat semuanya bersua dan mengambil bahagian serta  dengan acara yang lebih  “sporting”. Pastikan Ayahanda Haji Zakaria akan hadir di lain masa. Kesempatan ini,……kepada semua bapak-bapak ibu-ibu, mengucapkan terima kasih kepada anak-anak yang sanggup mengorbankan masa dan pulus (ringgit) untuk turut hadir memeriahkan lagi suasana hari keluarga "Pak Aid dan Mak Cha"  . Tahniah kepada Jawatankuasa persediaan tempat, atur majlis, persediaan sukan, persediaan makan dan persediaan hadiah yang berjaya menghasilkan satu kejutan Fleksibal, fotogenik, fotositisis dan apaa lain yang seangkatan dengannya. 

Anjang aki



Bersantai

berhibur


beriadah























































 Semoga dengan menghasilkan sebuah buletin kekeluargaan keluarga kita dapat membaca dengan seronok, jadikan ia tabiat membaca secara relaks dan seronok dan menyimpan sebagai khazanah yang tak ternilai dan disimpan untuk jenerasi akan datang.
Semoga pada sesi akan datang Buletin Kak Cha dan Pak Aid ini akan terdapat ruangan hasil nukilan daripada semua keluarga sama ada dalam bentuk cerita pendek atau sajak. Ini akan memberi keseronokan kita untuk terus membaca Buletin ini. Semoga satu jawatankuasa Buletin Kak Cha dan Pak Aid dapat meneruskan penghasilan buletin dengan penambahbaikan supaya ia menjadi satu media yang diminati dan ditunggu oleh keluarga kita. Selamat membaca dengan seronok dan relaks. Terima kasih.